SETIA PERDANA FC

Setelah mengikuti liga Daerah selama 4 tahun iaitu dari tahun 2005 sehingga Tahun 2009, Pasukan Setia Perdana FC seterusnya berjaya melangkah ke Liga Perdana pada Tahun 2010 sehingga Tahun 2018, dan kemudiannya berjaya melangkah ke liga berprestij tinggi iaitu Liga Super Kebangsaan (BSL) pada tahun 2019 hingga kini.

Menurut Jurulatih Pasukan Setia Perdana FC, Mohammad Sofrin bin Haji Serudin bahawa pemain-pemain yang akan mengikuti Brunei Super League adalah terdiri daripada pemain-pemain muda yang berpotensi, mahir dan pernah menyertai beberapa perlawanan liga daerah dan perdana sebelum ini.

Kebanyakan pemainnya adalah terdiri daripada bekas Akademi PARMA FC iaitu kelab bola sepak atau Akademi Remaja yang bernaung di bawah Setia Perdana FC pada tahun 2015. Setelah mereka mencecah usia 18 tahun, mereka sekaligus mewakili Kelab Setia Perdana FC bagi kejohanan yang dikendalikan oleh pihak NFABD. Tidak hairanlah pasukannya terdiri daripada mereka yang berpengalaman sejak muda lagi.

Kelab bolasepak Setia Perdana FC ini telah ditubuhkan sekitar tahun 2005. Pasukan ini berasal dari Kampong Ayer (Kampong Setia ‘A’) di dalam mukim Sungai Kebun, Daerah Brunei Muara. Pengasas dan pengurus kelab ini ialah Haji Piut Bin Haji Mahrup beliau sangat meminati bidang bolasepak ini lebih-lebih lagi ketika Negara mengikuti kancah Liga Malaysia dan dari situlah bermulanya penubuhan sebuah kelab dan kini diterajui pula oleh anak-anak beliau iaitu Haji Lalim Bin Haji Piut dan Haji Suhaili Bin Haji Piut.

Pasukan ini pada mulanya terdiri daripada di kalangan keluarga, saudara-saudara terdekat seperti sepupu dan juga penduduk kampung. Pasukan ini diperkukuhkan lagi dengan membuat perlembagaannya yang tersendiri pada tahun 2010 (ROS) Register Of Society dan juga (ROC) Register of Company pada tahun 2019.

Pasukan Setia Perdana pernah menjuarai Liga Daerah pada tahun 2009 dan pernah menjuarai sebagai juara liga perdana musim pada tahun 2018.

Pada Tahun 2018, bermulanya era baru bagi Pasukan Setia Perdana FC menghadapi suasana liga super yang sememangnya berwajah lain dan penuh mencabar yang mungkin memerlukan kerja keras dari segenap penjuru pasukan untuk menjadikan pasukan ini lebih bersedia menghadapinya.

Jurulatih pasukan, Mohammad Sofrin berharap bahawa walaupun pada tahun ini saingan sengit, namun beliau percaya pasukan Setia Perdana FC mampu bersaing tanpa kehadiran pemain-pemain ternama atau pemain luar. Beliau yakin bahawa 80 peratus (80%) pemainnya adalah pemain muda dari Akademi PARMA dan mereka juga adalah sebagai landasan pelapis baru.

Leagues
Brunei Super League
Seasons
2021