BSRC FC

Dengan bermatlamatkan mengembangkan bakat belia-belia Kuala Belait dalam Sukan Bola Sepak, Pasukan BSRC FC akan sentiasa lebih fokus dalam mengikuti perlawanan Liga Brunei itu nanti.

Menurut Perhubungan Awam BSRC FC, Bibi Azlina menjelaskan bahawa mereka percaya pasukan BSRC FC akan dapat membuat yang terbaik dan mempunyai komitmen serta semangat yang tinggi untuk mempelajari dari kesilapan yang lalu dalam mengikuti perlawanan liga sebelumnya.

Sebelum ini, Pasukan BSRC FC pernah menduduki di tempat ketiga dalam Brunei Premier League pada tahun 2018 dan pernah masuk ke semi Finalist Brunei FA Cup yang mana perlawanan tersebut telah memberi persaingan sengit kepada Kota Ranjers pada tahun 2019.

Sebelum penularan wabak Covid-19, Pasukan BSRC FC telah menjalankan latihan padang pada setiap malam Hari Isnin dan Selasa. Manakala pada malam Rabu, pasukan akan mengadakan sesi fitness di Gim, membuat latihan persendirian pada Hari Khamis dan Perlawanan Persahabatan pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, pada kali ini latihan hanya diadakan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 2004 dan diberi nama Brunei Shell FT dan kemudian ditukar kepada BSRC FT pada tahun 2011 semasa mengikuti Brunei Premier League. Nama pasukan ini sekali lagi di tukar pada tahun 2019 kepada BSRC FC sehingga ke hari ini untuk memenuhi syarat Club Licensing.

Pada tahun 2004, Pasukan ini diuruskan oleh Awang Hj Aji bin Hitam. Pasukan ini telah melalui beberapa pertukaran pengurus dan pada masa ini, Pengurus Pasukan dipegang oleh Awang Hj Ismail bin Hj Bakar dengan kerjasama Ketua Jurulatih, Hailmey Ariffin.

Matlamat pasukan adalah untuk mewakili Daerah Belait dalam liga-liga anjuran NFABD dan seterusnya menjadi tempat para Belia di Daerah Belait dapat mengembangkan bakat dalam bidang Sukan Bola Sepak.

Leagues
Brunei Super League
Seasons
2021